Ridlist Lover Life

Tuesday, November 29




Selamat malam dan ape khabar semuanya...
Harap-harap semuanya sihat....

setelah beberapa hari jari tak menaip di sini, maka x ramai la yang nak bw here!!! sori la tak sempat nak update sebab yaNna pergi bercuti..



Selama bercuti sempat lagi yaNna p tonton wayang...Kali ni yaNna dan si dia pilih cerita Puss In Boots..Best taw cerita ni... Dah la si Kucing yang bernama Puss ni comey taw...Khusyuk yaNna tengok cerita ni sampai si dia ingatkan yaNna tidur..Tak kan lah yaNa tidur tengok cerita yang seronok camtu...Lain la kalau tengok cerita yang membosankan...Comfirm-comfirm awal-awal lagi yaNna dah tidur... Kalau korang tengok cerita ni mmg tak rugi sebab jalan ceritanya memang menyeronokkan....

gambar dari google


**************
Lepas tu kteorang p makan cheese naan tp tak sedap langsung rasenya sampai tak habis yaNna makan...Dah la yaNna tak dapat minum air sebab si dia cakap air tu kotor...Dah la dahaga mase tu...Last-last kteorang p beli air kat 7 Eleven...Kemudian sempat lagi kteorang p on9 kejap kat CC..Kejap pun sejam jgak la...


****************
Kemudian kami pergi hospital melawat adik baru kami..hehehe...Bukan adik yaNna la, tapi anak kepada abang angkat si dia...Dah la comey baby ni, putih gebu lak tu...Baby ni ikut mak dia yang putih, kalau ikut ayah dia comfirm-comfirm la gelap...hehe....Rase-rasenya baby ni lelaki ke perempuan?? Baby ni lelaki la...Baby ni kne tahan kat wad sebab kencing kotor..Kesian baby ni kan..baru jea 4 hari di lahirkan dah kne tahan kat wad...Berat dia mase lahir 2.6kg jea...Kecik jela...Betis dia = 2 jari yaNna.


Semasa yaNna melawat dia, dia tidur jea...Bangun kejap pun tuk minum susu...Lepas tu sambung tidur balik...

*****************

Yana : Akak dah bagi ke nama baby ni??

Bell : Ntah la..Banyak sangat nama yang nak bagi...Kena plih dlu la sama ada Syabil Iman ataupun Nabil Iman...

*****************

tapi kedua-dua nama tu cantik bagi yaNna...tak kisah la nama ape pun janji orangnya akan menjadi anak yang soleh bila besar nanti...


Adik, agak-agaknya bila la kite boleh jumpe lagi ye...Rindu lak kat kamOo (si cOmey putih gebu)....Oh ye!! Besar nanti adik jadilah pelumba basikal yang berjaya ye macam abang long (tapi sayang abg long dah bersara di usia muda)...

*************
Bila tengok anak orang ni teringin pulak rasenya nak ada anak sendiri tapi apakan daya belum sampai masanya lagi... Lagi pun yaNna belum bersedia nak pikul tanggungjawab sebesar tu...Diri sendiri pun tak terjage, apetah lagi nak jage anak sendiri... Nak-nak sekarang ni yaNna masih belajar lagi.. Tak ade mase nak fikir kan semua tu...Nanti bile yaNna dah betol-betol bersedia boleh la tapi tak tahu la bile...Maybe 10 tahun lagi kot...

Labels:

Thursday, November 24

Akhirnya....

Selamat Malam
Korang sihat tak??
yaNna rse dh lme x update blog ni...Maklumlah bz cket..tahu-tahu jela bile dah start blaja memang camni xde mase nak berblog ni...

****************
Sampai-sampai je kat Kolej Siswi UiTM Pahang dapat lak berita yang air xde..sedihnya, camne nak mandi ni..Dah la letih semalaman dalam bus sampai-sampai dapat berita cmtu lak...Memang la sedih..Nak buat cmne terpakse lah yaNna terima semua ini dengan redha...Pastu yaNna dengan member p la mandy kat DSG a.k.a Dewan Serabguna ataupun lebih dikenali sebagai Dewan Sejuk Giler..Memang sejuk pun dewan tu..Ingatkan ley la mandy kat bathroom tapi apekan daya orang penuh terpaksa la mandy lam toilet jea...Naseb bley gak mandy pada tak mandy langsung tu...Dah la terpakse menunggu lame baru la boleh mandy...Akhirnya yaNna dah beres pun mandy, segar cket badan rasenya....

****************
Ala, keesokkan harinya masih lagi tak de air...Sedihnya rase...Sabar jela yaNna...Kenapa la tiap-tiap awal sem dan akhir sem mesti xde air...Geram btoii yaNna...Naseb baek la sekarang ni yaNna dah sem last kalau tak memang yaNna dah tak sanggup lagy untuk menanggung semua ni setiap sem baru....Hari ke-2 yaNna terpakse la mandy lam toilet gak...Sampai demam yaNna dibuatnya..Dah la pegi kelas kena hujan lepas tu air xde pulak nak mandy...Memang la semua penyakit datang...Mula-mula demam, lpas tu sakit kepala sepanjang hari, skit tekak ag, dengan batuknya lagi la... Rase cam nak pengsan pun ade...Ubat pun dah abes.. Nak g Medic malas la pulak...Bukan malas sangat tapi nak berjalan pun tak larat main denga 2 hari berturut-turut bermandikan hujan... Sabar jela...

******************
Hari ini masuklah hari ke-3 yaNna di sini,, dengan keadaan masih ag demam, batuk memanjang, selsema pulak tu... Nak tido malam pun susah...Biase lah tu dah masuk musim nya katekan (musim Tengkujuh)...Musim ni kena pandai-pandai la jage kesihatan, minum air banyak2...Jangan main hujan sangat nanti demam susah pulak...Nak-nak kanak-kanak memang suka mandy hujan...Satu lagi, memandang sekarang ni musim banjir, jage la anak-anak anda daripada mandy air banjir tu...takut pulak yaNna, Mana la tahu nak lemas ke,, susah pulak family semua...Pagi ni sekali lagi yaNna terpaksa mandy lam toilet...sedih tol la duk kolej ni... Pegi claz lecturer tak datang pulak tp ble tak pegi, lecturer datang pulak...Macam-macam la...Tapi yang best nyer hari hari ni adalah

jeng...



jeng....




jeng....







akhirnya, malam ni yaNna dapat mandy lam bilik air...sukenya yaNna...Dah maghrib baru ade air...Suke nya yaNna mandy...macam orang x penah jumpe bilik air...Lame tol yaNna mandy hari ni...Siap shampoo rambut ag,,, scrub satu badan...Lega rasenya....Tapi yang sedihnya demam masih belum baik ag...Hidung ni rase cam nak buang jea...Selsema x habis-habis....Si tekak pulak, rase sakit semacam jea..sampai habes ubat yaNna makan...Ingat esok nak g beli ubat la kat farmasi takut makin tambah teruk demam yaNna ni... Tak kuasa yaNna melayan badan yang camni ni...

okeyh..tu saje tuk malam nie...nanti ade mase yaNna menaip agy...
daa...

p/s : Doakan yaNna moge cepat sempat ye... Thanks...

Labels:

Tuesday, November 22

Contest Klik Dan Like Fan Page



tag:


Labels:

Sunday, November 20

wah!! anak terengganu sumbangkan pingat emas


Assalamualaikum
Selamat Pagi 
Salam 1 Malaysia
Korang buat ape pagi-pagi nih???
Lame dah rse yaNna x bercerita sal Sea Games ni
Pagi ni yaNna nak cerita yang yaNna bangga jadi rakyat Malaysia terutamanya anak Terengganu kerana semalam 2 kocakkan emas telah berjaya dihasilkan oleh anak terengganu dalam acara berbasikal di Velodrome Rawamangun, Indonesia. Mereka adalah Fatehah Mustapa dengan catatan masa 36.843 dengan kelajuan 48.856 (km/ph) dalam acara 500 M Indidual Time Trial

Fatehah Mustapa

dan seorang lagi adalah Mohd Harrif Saleh dalam acara10km Scratch Race.

Mohd Harrif Saleh

Untuk Hari ke-9 ni Malaysia berada di tangga ke-4 dengan pungutan pingat 47 emas, 43 perak dan 64 gangsa dengan jumlah pungutan pingat sebanyak154 semuanya manakala Indonesia masih mengungguli tempat pertama Sukan Sea dengan 355 pungutan pingat kesemuanya...Tahniah kepada semua atlet yang berjaya meraih pingat dan tak lupa juga kepada atlet yang menyertai walaupun tak memperolehi sebarang pingat.. 

Labels:

Segmen: Mari Tambah Kenalan




Jom tambah kenalan...

okeyh da siap...
daaa....

Labels:

Segmen :OPPPSS TERJAH!!!Sampai Lebam



click banner to join...
Jom ramai-ramai kte terjah blog..

Labels:

Thursday, November 17

Segmen Cik Bunny: Jom Blogwalking! (Bahagian 2)

Pagi tadi CB singgah kat blog yaNna n bagi tahu sal segmen ni...
Jom la join ramai-ramai...


Syarat-syaratnya sangatlah simple...

Click here >_< to join..

Tarikh tutup : 15 December 2011

Labels:

Wednesday, November 16

Pungutan Pingat Di Hari Ke-6

Tidak ku sangka hari ni adalah hari ke-6 Sea Games indonesia 2011...Hari ni kontigen Negara telah merangkul 25 emas, 23 perak dan 41 gangsa untuk kekal di tangga ke-5 keseluruhan...tapi tidak mustahil kontigen negara boleh mengatasi kontigen singapura untuk berada di tangga ke-4 pingat...

Ini adalah kedudukan pingat terkini Sukan Sea...


Pungutan Pingat Yang dibidik oleh Kontigen Negara

Dibawah ini adalah sebahagian atlet negara yang menyumbang pingat emas kepada negara kita hari ini...Pagi-pagi lagi atlet renang telah menyumbangkan 3 pingat emas kepada negara tercinta..

Khoo Cai Lin

Siow Yi Ting
Yeoh Ken Nee

Tahniah sekali lagi kepada atlet negara kita atas pingat yang telah disumbangkan..
Majulah Sukan Untuk Negara...
Malaysia Boleh!!!

Labels:

Tuesday, November 15

26th Sea Games Jakarta - Palembang

Di hari ke-5 skuad negara telah mengumpul sebanyak 67 pingat daripada 18 acara yang disertai...



Malaysia masih ditangga ke-5 di hari ke-5...

Antara Pingat Emas Yang Dirangkul Hari ni
  • Cheong Jun Hoong (Terjun)
  • Nur Suryani Mohd Taibi (Menembak)
  • Cheng Chu Sian (Memanah)
  • Bryan Nickson Lomas (Terjun)
  • Noraseela Khalid (400M Lari Berpagar)
Manakala Pingat perak dibedik oleh Rusfredy Petrus dari acara Taekwando...

Tahniah dan syabas ye kepada skuad negara kita...
Semoga Sukan Negara Kita Terus Maju Dipersada Dunia...Amin...

Labels:

Segmen Shiema : Join | Singgah | Follow | Komen.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Tak Lupa juga Selamat Malam...



sekarang ni yaNna nak join Segmen Shiema Sufian ni... Mesti korang kenal kan blogger ni... Tengok la blog dia, simple dan cantik kan... tak la macam blog yaNna ni..Ntah pape, Serabut lak tu...Kalau korang nak join segmen click jea kat banner tu...


Labels:

Oh No!!! Kaki Blogger Berbelang....


Nak dijadikan cerita yaNna p praktikal pakai selipar jea sbb malas nak pakai kasut...Setelah sebulan menjalani latihan praktikal akhirnya kaki yaNna jadi cmni... Ni la akibatnya kalau malas pakai kasut dan lagi sata dah tahu nak pakai selipar tu jangan lak lupa pakai stoken... Baru la kaki x berbelang...Sekarangkan dah susah... Nak kembali ke asal balik mesti mengambil masa yang lame... Entah bile la kaki yaNna ni nak jadi cam asal...? korang tengok la sendiri.. Sedihnya =( ... Camne erk nak hilang kan kesan belang pada kaki yaNna tu... Malu la yaNna camni... Korang ada tak cara nak hilangkan kesan belang ni?? Kalau ade boleh la kongsi dengan yaNna ye...

Kaki ku... hurm... =(

Labels:

26th Sea Games Indonesia 2011 - Hari ke - 5

morninx dear...
buat per jea pagi ni..?
camne cuaca kat tempat korang... tempat yaNna hujan renyai-renyai + cuaca pn mendung la...biase la tu dah masuk musimnya (musim Tengkujuh)... Korang tak tengok sukan ke?? maklum la sekarang kan Sea Games tengah berlangsung kat Indonesia... yaNna pun  jarang gak tengok sebab yaNna terus ke pautan The Official Website26th Sea Games Indonesia 2011...kat pautan ni korang bleh tahu keputusan terkini Sea Games atau ape-ape yang berkaitannya...

Senarai Acara Yang Memperolehi Pingat
Medal Tally Day 5

Malaysia masih diranking ke - 5 keseluruhan dengan 13 Emas, 14 Perak dan 22 Gangsa...
Semoga skuad negara yang menyumbangkan lebih banyak pingat pada hari ke-5 ni sehingga lah tamatnya Sea Games ni pada 22 November nanti..

Labels:

Ape... Basikal Masuk Lam Handbag


Korang rase camne la sebesar basikal tu ley masuk lam handbeg..pelik kan...memang pelik...Nak dijadikan cerita Semalam yaNna ikut mak p sekolah tuk print assigment adik.. Tengah-tengah syok print, tibe-tibe :-

Mak : Macam mane la basikal ni boleh ade lam handbag mak ni...

yaNna : Dah tergelak... hahahaha... (Nak buat camne....sebenarnya yaNna yang letak basikal tu kat lam handbag mak...)

Mak : Kenapa lak suke???

yaNna : Kenapa x suke sebab sebenarnya basikal tu yaNna yang letak lam beg mak...Ingat nak letak kejap jea tp lepas tu yaNna tak ingat nak ambil...

Mak : La,,, patut la boleh ade lam beg mak pn...Rupe-rupe awak yang letak... Molek sangat la tu...



Sebenarnya ia adalah replika basikal yang yaNna ade...disebabkan yaNna minat sangat sukan berbasikal, so yaNna p la beli basikal ni untuk di buat koleksi kat umah...Kenapa ape yaNna pilih warna ungu?? Sebabnya yaNna memang minat warna ungu... Basikal ni yaNna beli kat kedai Ceria 99 dengan harga RM2.99 jea beberapa tahun lepas... yaNna sayang sangat beskal ni...

Labels:

Monday, November 14

Kedudukan Terkini Pingat Sukan Sea Ke-26

Ni dia kedudukan terkini pingat Sea Games...
Malaysia masih ditangga ke-5...


Antara Pingat Yang Telah Dirangkul Oleh Skuad Negara Kita
Pungutan pingat gangsa Malaysia telah meningkat sebanyak 3 daripada pungutan pagi tadi...Tahniah dan syabas kepada semua atlet yang menyumbang pingat kepada kontigen negara...
MALAYSIA BOLEH!!
MALAYSIA BOLEH!!
Semoga sukan malaysia terus maju di mata dunia...

p/s: untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sea Games bleyh la click ke pautan ini..

Labels:

Kucing Berani Mati!!!

okeyh...
di waktu-waktu senja ni mesti korang semua sibuk mengadap tv kan... maklum lah banyak cerita-cerita best kat tv tuh... nak-nak sekarang ni cerita Pasta ( adik yaNna ni memang suka tengok cerita tu )..sampai orang ajak p mane-mane pn tak nak p sbb takut terlepas 1 episod... kul 6.30petang jap lagi cerita nada cinta lak.... yaNna kurang cket tengak cerita ni sebab dah terbiase duk kt u tak tengok... so, balik umah pn xde semangat nak tengok... kecuali ade rancangan yang best-best comfirm yaNna tengok..hehe...

Kat umah nenek yaNna ni ade 4 ekor kucing kepunyaan mak cik yaNna... semua putih warnanya...namenya pun pelik-pelik...mimie, cicit, nana n vivit... dalam banyak-banyak nana lah yang paling degil...tu la sape suh letak nama nana kan dah jadi camtu... yang paling baik semestinya mimie... seekor kucing yang paling tua di kalangan mereka berempat.... Korang nak tengok aksi lagak ngeri mereka... Ni hah...

Lagak ngeri si Nana n si  Vivit

Manakala si Cicit terpegun melihatnya...
itu lah gelagat kucing-kucing peliharaan mak cik yaNna ni...

Labels:

Emas Ke-10 Malaysia di Hari Ke-4 Sea Games


Syabas dan tahniah kepada skuad negara kerana telah meraih pingat emas ke-10 Sukan Sea...Pingat tersebut adalah dari acara terjun 3m papan anjal yang telah disumbangkan oleh Bryan Nickson Lomas & Yeoh Ken Nee... Kedua-dua atlet tersebut sangat membanggakan bagi rakyat Malaysia kerana setiap sukan yang disertai mereka pasti merangkul pingat intuk skuad negara tercinta..




Kedudukan Pingat

Malaysia ditangga ke-5 dengan pungutan pingat 10 Emas, 10 Perak dan 18 Gangsa...Buat masa sekarang Indonesia masih mengungguli ranking pertama Sukan Sea Ke-26...

Labels:

Hari Ke-3 Sea Games

Selamat Pagi...
Ape Khabar??
Dah Makan Belum??
Buat ape jer pagi nei??

Kedudukan Pingat pada hari ke-3

Indonesia 34 E, 28 P, 16 G
Thailand 16 E, 12 P, 20 G
Vietnam 14 E, 15 P, 18 G
Singapura 10 E, 10 P, 16 G
 Malaysia 9 E, 10 P, 12 G

sehingga jam 8 malam semalam...

Kedudukan Mata Bola Sepak (Kumpulan A)

Malaysia - 7
Indonesia - 6
Singapura - 4
Thailand - 3

Senarai Atlet Skuad Negara yang merangkul pingat 

EMAS

Shaharudin Jamaludin (Karate, Kumite 75kg)
Loganesha Rao (Karate, Kumite 55kg)
G. Yamini (Karate, Kumite 61kg)
K. Teagarajan (Karate, Kumite 84kg)
Leong Mun Yee/Ng Yan Yee (Terjun, 3M Papan Anjal Seirama)


Lo Choon Sieng ( Olahraga, 20km Jalan Kaki)
Joshua Koh ( Lawan Pedang Individu Lelaki)

 PERAK

Hazli Izwan Amir Hassan (Menembak, 25M Rapid Fire Pistol)
Muhamad Shahril Sahak (Menembak, 50M Rifle)
Adi  Alifuddin Hussin (Olahraga, Lontar Peluru : Rekod Kebangsaa - 17.53m)
Masziyaton Mohd Radzi ( Basikal, Basikal Bukit -  Merentas desa)



Gangsa

L. Kunasilan (Karate, Kumite 87kg)
Shakila Sani Jefry Krisnan (Karate, Kumite 68kg)
A. Nisha (Karate, Kumite 55kg)
Hamdan Muhammad/Mohd Nor Parmi (Kenu, 200m K2)

Syabas dan Tahniah Kepada semua yang berjaya merangkul pingat untuk dibawa pulang ke tanah air...

Labels:

Saturday, November 12

Emas Pertama Malaysia

Selamat Malam semua...
How are u??
Harap-harap semuanya sihat walafiat...
Baru yaNna ingat malam ni ada Anugerah Industri Muzik.. Tak lame dah nak berlangsung kejap jea lagi...Jom kite saksikan bersama-sama ( lam tv jea la,,,tonton kat umah masing-masing yer)...
Selain itu, yaNna nak cerite tentang kemenangan skuad negara kite kat Sukan Sea...Baru sehari bermulanya Sea Games, Nur Suryani Mohd Taibi telah menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia dlam acara menembak 50m Air Riffle 3 posisi...Syabas dan tahniah diucapkan kepada beliau..


Pingat Emas ke-2 dirangkul oleh Tan Song Hwa ( Olahraga, Lontar Tukul Besi )...Pingat Perak disumbangkan oleh Mohd Hadafi Jaafar ( Menembak, 10 Meter Air Riffle - Lelaki ), Khalel Abdullah ( Menembak, 25 Meter Standard Pistol - Lelaki ) n Berkumpulan Kata Wanita ( Karate-Do )...Manakala pingat perak dirangkul oleh Nur Ayuni Farhana (Menembak, 50 Meter Air Riffle 3 Posisi - Wanita), Thor Chee Yee (Karate-Do, Individu Kata - Wanita), Leong Tze Wai (Karate-Do, Individu Kata - Lelaki), Berkumpulan Kata Lelaki (Karate-Do), Berpasangan Campuran (Taekwando) n Berkumpulan Wanita (Polo)...
Kedudukan Pingat Sehingga jam 8 malam
Indonesia - 19 emas, 11 perak dan 4 gangsa
Singapura - 5 emas, 6 perak dan 8 gangsa
Thailand - 4 emas, 5 perak dan 7 gangsa
Malaysia - 2 emas, 3 perak dan 6 gangsa

Tahniah kepada skuad negara...Semoga skuad negara dapat merangkul lebih banyak pingat selepas ni... Gud luck kepada skuad negara n lakukan yang terbaik tuk negara kite... 
MALAYSIA BOLEH!! 
MALAYSIA BOLEH!!
Majulah Sukan Untuk Negara...
MALAYSIA BOLEH!!

Labels:


morninx dear...
buat ape jer??
ape...tgh update blog...
sarapan pe pagi ni??
yaNna mkn nasi bungkus jea... =(

Semalam kan 11 November 2011 (11.11.11)...
Ape yang bersejarah bagi korang pada tarikh tu... 
Yang yaNna thu ramai yang melansungkan majlis perkahwinan, baby yang lahir pn ramai gak dan pembukaan SEA GAMES pun semalam gak... Best yaNna tengok pembukaan Sea Games semalam (tengok lam tv jea)...Kalau dapat tengok secara LIVE mesti lagi best n bersemangat...
Tak sangka ye,, Sea Games kat Palembang ni adalah yang ke-26... Kejap jea kan... Dalam banyak-banyak sukan yang dipertandingkan korang minat sukan ape?? Yang paling yaNna minat mestilah sukan berbasikal... Sebab kebanyakan atlet lumba basikal berasal dari negeri Terengganu... Antara yang menjadi kebanggaan dunia adalah Atlet Acara Trek Negara (Azizulhasni Awang) juga orang Terengganu... Pada Sea games ni pun seramai enam pelumba basikal Terengganu yang menggalas cabaran tuk meraih pingat buat Malaysia...

Senarai nama yang menggalas cabaran di Sea Games Indonesia ialah :-

Acara Trek
Fatihah Mustapa
Mohd Haris Salleh
Muhammad Zulhilmie Afif

Acara Lebuhraya
Mohd Adiq Hussaini Othman
Amir Mustapa Rosli
Mohd Shahrul Mat Amin (tengah)
Selain sukan berbasikal yaNna juga minat sukan renang (Daniel Beego) tapi sayang Sea Games ni dia tak sertai atas masalah yang tak dapat di elakkan,, papan anjal (Bryan Nickson Lomas) n Gimnastik (Durratun Nasihin) tp gimnas wanita tunggal negara yang menyertai Sea Games adalah Farah Ann Abdul Hadi..

Harap-harap atlet  negara kita dapat membawa pulang sebanyak yang mungkin pingat...Terutamanya pingat emas...Semoga pingat yang dibawa balik sama dengan ape yang ditargetkan...Gud luck kepada semua atlet malaysia n lakukan yang terbaik tuk negara kita tercinta...
MALAYSIA BOLEH!!!
majulah sukan untuk negara..

Labels:

Friday, November 11

Pemilik Hati







Lihat ku disini
Kau buat ku menangis
Tak ingin menyerah
Tapi tak menyerah
Mencoba lupakan
Tapi ku bertahan



Kau terindah kan selalu terindah
Aku bisa apa ‘tuk memilikimu
Kau terindah ‘kan selalu terindah
Harus bagaimana ku mengungkapkannya
Kau pemilik hatiku


Mungkin lewat mimpi
Ku bisa ‘tuk memberi
Ku ingin bahagia
Tapi tak bahagia
Ku ingin dicinta
Tapi tak dicinta


Kau pemilik hatiku
Kau pemilik hatiku
Kau pemilik hatiku

Labels:

Beritahu Pada Muslimah


Beritahu pada muslimah itu 
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris, 

dihantuk serpih, 
dihempap berkecai. 

Beritahu pada muslimah itu 
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula, 
cakap sombong mengundang lawan, 
hati-hati meluah kata, 
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa. 

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku; 
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu, 
sesekali tersilap langkah, 
akan dihukum selamanya, 
keturunan dicerca payah, 
menyesal kemudian bukan faedah.

 Beritahu pada muslimah itu 
jaga pakaian;
ia cermin peribadi, 
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun, 
biar orang kenal...Dia orang ISLAM. 

Beritahu pada muslimah itu 
simpan secebis malu; 
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

Labels:

Thursday, November 10

berakhir sudah semuanya...


pagi-pagi lagi yaNna dh bangun kemas barang-barang 
sebab ape??
sebab hari ni merupakan hari last yaNna praktikal...
bestnyer... x sabar nak balik umah....
tapi sedih gak nk tinggal pak cik-pak cik sekalian...
hari ni last jumpe En Nazri Ghazali, En Nazri Nasir, En Muhamad Nor Ismail, En Ibrahim, En Mohd Farzli, En Che Hashim, En Mohd Nasir tp En Mustafa Nor Ismail x smpat nak jumpa cuz dia dah balik penang (umah isteri dia)...
best sangat praktikal kat sane walaupun kadang-kadang rase penat nak mampOs..
banyak gak la new knowledge yang yaNna dapat kat sane..
tp rse nyer sebulan belum cukup tuk mahir dalam tanaman fertigasi ni...


sehari sebelum berakhirnya praktikal ni sempat lagi yaNna n the geng p jalan-jalan...
kami p jalan-jalan umah Cik Zue kat Kampung Telaga Nibong, umah Cik Asiah kat Jabi n last skali p Lata Bulatan...
main-main air jap... lame dah x p maen air... best gak... nyaman jea p sne...
sejuk jea rse n menenangkan jiwa...

Cik zue, Cik Fatin n Cik Asiah 
Cik Fatin
Cik Zue n Cik Mimie 

cik yaNna n Cik Asiah
Cik Mimie, Cik Zue, Cik Fatin, Cik Asiah 
Sekitar Lata Bulatan

Ni lak Area Umah Cik Zue...
Jom kite Terjah...
Tgak la org kampung separa bandar
membelah buah kelapa...
hehe.. =D
Gaya Cik Mimie menjolok kelapa...
Ni lak gaya Cik Asiah..huhu...
Yang ni lak Cik Fatin...
Kemudian kami makan buah kelapa n minum airnya sekali..
cukan n ramuan yang belum di campurkan...
ramuannya adalah belacan, cili padi, garam n gula...
tempurung kelapa muda n kelapa muda..
sedap dimakan dengan bahan yang diatas tu...
air cuka yang telah dicampur dengan
semua ramuan diatas..
air kelapa muda...
manisnye...
dan yang ni lak sekitar TKPM
ni la buah rock melon...
Dah besar pn buah rockmelon ni...
kalau nak kenal ni la pokok lobak merah
the male flower of rockmelon
the female flower of rock melon

Labels: