Ridlist Lover Life

Wednesday, July 20

Keserasian Memilih Jodoh

Sulung & Sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras atau pun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung & Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa sahaja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebangai yang suka mengertak dan menakutkan. Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Tengah & Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke mana pun & memutuskan apa pn yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi yang sangat serasi, apabila ada satu yang sangat cenderung seperti anak sulung & pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah & cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi & menjunjung tinggi pendamaian.

Tengah & Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah perempuan.

Bongsu & Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sukar untuk mengawal situasi.

Sulung & Bongsu
Kombinasi paling sesuai, si sulung dapat mengajar pasangannya untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.



Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home