Ridlist Lover Life

Tuesday, April 3

Student DPIM Part 1


Selamat Petang semua

Hampir 3 hari berehat di rumah setelah selesai menjalani hidup sebagai seorang perantau di negeri orang selama 2 tahun 9 bulan, akhirnya yana merindui saat bergelar student DPIM kat UiTM Jengka..

|
|
|
V

16 May 2009

Satu surat tawaran telah diterima olehku... Dalam surat tawaran tersebut tertera seperti di bawah.

NUR AZLIEYANA BINTI NOOR AZMI                                     
N-3, PAKR KAMPUNG PADANG LANDAK,
22000 JERTEH, TERENGGANU.                                              

No Pelajar                : 2009808***

No Kad Pengenalan  : 91102511**** 

Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM:

Program : (AS110)  Sepenuh Masa
                               Diploma Pengurusan Ladang   
                               Sains Gunaan

Kampus : C - UiTM Kampus Jengka                                               

Semester : Julai 2009

Sila datang mendaftar ditempat yang ditetapkan.

Tempat : UiTM Kampus Jengka, Lintasan Semarak, 26400 Bandar 
              Pusat Jengka, Pahang.

Tarikh : 26/7/2009                                                                           

Masa : 8.30AM - 4.30PM

Kemudahan dan bayaran

Anda dikenakan bayaran yuran pengajian satu semester sebanyak SILA RUJUK BIL BAYARAN untuk membiayai pengajian anda di UiTM.

Kemudahan kolej kediaman : DISEDIAKAN

Yuran Pendaftaran Peperiksaan : TIADA
(program luaran sahaja)

************************

Dan aku telah membuat keputusan untuk menerima tawaran itu walaupun tak minat sangat bidang tersebut... Aku ingat lagi dulu bila sedara-sedara aku tanya :-

Q : Dapat tawaran mana?
A : Aku dengan selambanya menjawab.. UiTM jea..
Q : Ok la tu... course ape??
A : Diploma Pengurusan Ladang

Bila jea dengar jawapan dari aku, mereka terus senyap.. Ada tu yang tanya aku, ada ke Diploma Pengurusan Ladang?? Dalam hati aku menjawab, ada la tu kalau tak takkan aku dapat course tu kot!!!!! (sedihnya hati aku bila mendapat respon camtu dari orang ramai).. Sapa la nak pandang course macam aku ni.. Memang kolot kot pada pandangan mereka.. Masa tu aku memujuk hati aku " tak ape la yana, dapat ape pun janji dapat sambung balaja n aku nak buktikan pada semua orang aku boleh berjaya macam mereka".. Apa aku peduli dengan kata-kata mereka.. Bukan mereka yang nak balaja tapi aku.. Aku harus kuat untuk terus berjaya dan juga untuk mengejar cita-cita aku selama ini...


***********************
 
Masa mula2 aku dapat tawaran tu, ada la survey nak tahu camne la tempat tu kan maklum la dapat kat Jengka.. Seumur hidup aku tak penah lagi menjejakkan kaki ke sana.. Memang macam2 terlintas difikiran aku.. Dengar-dengar plak orang kata kat sana ada hutan jea, tempat jin bertendang lah katakan, diorang jugak cakap just ada pokok kepala sawit jea... Tapi tak kisah la dapat kat mana2 pun janji aku boleh belajar.. 


**********************

27 Jun 2009

Huh!! perkara yang paling lawak adalah masa nak pegi daftar...Bukan main ramai sedara-sedara aku yang turut serta nak hantar aku kat u.. Masa tu aku rasa macam nak pegi kenduri kawen pun ada... Dan aku ingat lagi bukan main banyak aku bawak beg.. Kalau tak silap aku, semuanya sembilan beg.. Dah macam orang nak pindah rumah.. Ntah apa yang aku bawak masa tu pun aku tak tahu sampai boleh banyak tu...

Lepas siap mendaftar sebagai pelajar UiTM, aku telah ditempat di Komplek Kediaman Siswi blog H kalau tak silap aku...Dah la bilik aku paling hujung, dekat dengan tangga dan dapat plak tingkat atas sekali iaitu 3, memang gila la rasa nak bawa naik semua barang-barang aku tuh.. Penat Giler kot... =/

Bila dah siap-siap kemas barang tiba la plak giliran family n sedara-sedara aku nak balik... Aku tengok orang lain bukan main lagi menagis kerna nak berpisah dengan family masing2 tapi aku macam orang tak ade perasaan jea...Maklumlah first time terpaksa berjauh dengan family sebab tu jadi camtu (tak biasa)...


***********************

28 Jun - 4 Julai 2009

Biasa lah kalau kita baru ke satu2 tempat mesti lah ada minggu orientasi.. Tapi kat sini dipanggil Minggu Mesra Siswa (MMS)... Aku rasa minggu yang paling teruk lah dalam hidup aku masa tuh.. Mana tak teruknya. Aku terpaksa bangun seawal 4 pagi dan dipaksa tidur pukul 2 pagi.. Memang giler lah rasa hidup masa tu.. Selama seminggu aku tak sempat nak mandi, iron pakaian.. Aku ingat lagi pada satu malam tu roomate aku ni tengah iron selendang dia, tiba2 OC buat anouncement suruh tutup semua lampu dan tidur.. Tapi kitorang degil, lampu jea tutup tapi sempat lagi iron selandang tu... Aku bahagian suluh lampu dan member aku iron selendang, tiba2 member aku menjerit...

Mira : arrrrghhhhh... tidak!!!!!!!!!!!  
Aku : Kenape weyh??
Mira : Selendang aku!!! =(

Bila aku tengok selendang dia, sedikit dah hangus terbakar kena seterika tadi... Lepas tuh kitorang gelak... hahaha..

Aku : Tu la ko, aku suh tidur tapi ko nak iron selendang la ape lah.. 
         Baik jadi cam aku ni tak payah iron langsung.. pakai jea yang kedut2 tu...

Mira : Ala, mana aku tahu nak jadi camni... Biar jela, Benda dah nak 
          jadi nak buat camne lagi kan.. terima jela... 

********************

Selama seminggu dalam MMS tu, ada satu hari tu tengah syok2 dengar ceramah ada lak yang pengsan, pening dan kami semua diarah keluar dari dewan... Kemudian kami ditempatkan di Padang Bola berdekatan dengan dewan tu.. Kami disuruh supaya menjarakkan diri dari rakan2 kerana ramai yang pengsan, pening dan muntah2.. Aku pun tak tahu sebab ape..Tiba2 jea semua tu boleh berlaku... Ada la beberapa orang dikejarkan ke medec dan Hospital Jengka.. Kami juga dibekalkan air untuk mengelakkan benda2 yang tidak diingini berlaku.. Boleh plak ada wartawan yang membuat liputan berkaitan dengan apa yang terjadi pada masa itu dan keesokkan harinya terpampang di dada akhbar yang mengatakan bahawa berlaku histeria kat UiTM Jengka yang melibatkan Pelajar Baru Kemasukan Julai 2009...Maklumlah kemasukkan kami adalah antara yang teramai di UiTM Jengka sebab tu jadi liputan meluas kot.. hehe... Tapi korang semua jangan salah sangka sebenarnya takde pun yang histeria dan tak ada jugak perkara yang buruk terjadi pada kami semua... Semua tu berlaku secara kebetulan jea.. Tak ape lah semua tu dah berlaku dan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan dalam hidup aku ketika mula2 bergelar seorang mahasiswa..

Okey, sampai disini saja untuk kali ini.. Nanti ada masa yana cerita lagi



Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home