Ridlist Lover Life

Sunday, January 22

Hati Yang Terluka


Setelah sekian lame aku merasakan perih dihati ini.. tiada siapa pun yang tahu..Hanya aku dan Allah Yang Maha Esa... Sebelum ni aku boleh lagi bersabar dengan sikap si mamat sorang ni tapi kali ni memang aku tak boleh bersabar lagi...Rasa yang membuak-buak di dalam hati ini umpama gunung berapi yang mahu memuntahkan lavanya..Aku rase begitu sedih sangat... Ikut kan hati rase nak lari jea dari bayangan mamat tu..Kadang-kadang lahir jugak rase menyesal mengenalinya tapi apekan daya semuanya sudah berlaku dan ianya adalah ketentuan Illahi yang harus aku harungi denga tabah...Pernah juga terlintas difikiran yang menyatakan lebih baik aku hidup single daripada couple yang hanya merobek hati kecilku yang tidak bersalah ini...Akan tetapi semuanya sudah menimpa pada diriku ini... Walau ribut, taufau mahupun tsunami melanda aku harus meneruskan hidup aku ini...

Semenjak aku mengenalimu, aku terpakse menerima semua amarah mu...Aku pun tak tahu ape salahku... Aku sering bertanya-tanya apa salahku pada mu sehingga kau melakukan aku sebegini... Aku tahu kau seorang yang panas baran...Ye aku boleh terima tapi jangan kau fikir dengan mudahnya kau boleh melakukan aku sebegini rupe kerana aku juga mempunyai perasaan seperti kau...Kalau kau rase, kau boleh mendapatkan yang lebih baik daripada aku dan yang boleh tahan dengan peragai kau....Kau pergi lah kepadanya...Aku lebih suka hidup sendirian daripada dilakukan sebegini oleh mu...

Kalau aku tak call atau pn mesej kau... Mudahnya kau menyatakan yang aku ade jantan lain... Kau marah-marah aku,, hina, maki-maki aku dan kata aku macam-macam tp aku boleh sabar lagi dengan peragai kau tu... Kau ingat aku ni ape!!! Tunggul kayu ke??? Sedap-sedap kau jea nak buat aku camtu... Mak aku pn xpenah buat aku camtu..Tau tak!!! Dasar Lelaki Bodoh!!! Tak tahu mengenang budi aku yang banyak tolong kau selama ni... Manusia jenis ape kau ni..Sedar la cket dari mana asal kau... Kalau aku tahu macam ni la yang kau balas kat aku, dari awal lagi aku tak akan tolong kau dan tak nak kenal kau....KAU TAHU!!!!

Kalau aku keluar tak bagi tahu kau, kau marah aku... Aku pasang jea telinga mendengar kau marah-marah tapi bila kau keluar pergi suka-suka dengan kawan-kawan sikit pn kau tak bagi tahu aku... Bila aku call, mula la cakap sayang call jap lagi la...Kadang-kadang tengah-tengah cakap boleh kau matikan telefon kau tu... Nampak sangat yang aku ni tak penting dalam hidup kau...Bila aku mintak putus, kau tak nak lepaskan aku..Kau kata kau sayangkan aku, tak boleh hidup tanpa aku, kalau aku tak ade hidup kau ibarat tak bermaya lagi  dan lebih rela mati daripada hidup tanpa aku...Macam-macam kau bagi alasan kepada aku supaya aku tak lepaskan kau... Tapi kau tak pernah sedar ape yang telah kau lakukan pada aku selama ni... Betapa sakitnya hati aku...Tapi aku tak pernah pun kate ape-ape bahkan marah tak pernah...

Kali ini aku nak sangat kau tahu bahawa aku dah meluat dengan peragai kau tu...dan aku betol-betol marah dekat kau...FAHAM!!!


Labels:

1 Comments:

Blogger S H I T E Q said...

kesiannye awak. jgn pdulikan lelaki cm tu. haishh. die buat boleh, kite buat x boleh plak. blom lg jd laki tu. sabar k :)

January 22, 2012 at 7:26 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home