Ridlist Lover Life

Sunday, January 22

Tersilap Lagi


morning uollss

korang pernah tak tersilap sent message??
cmfirm-comfirm la pernah kn
aikk, aku yang tanya aku pulak yang menjawabnya..

cerita tahun lepas sebelum pegi melawat Kilang Zhulian kat Penang...

Masa tu yana tengah mid-term break...faham-faham jela bile cuti mesti lah yana balik ke kampung halaman tercinta kat Jerteh, Besut, Terengganu...Untuk pegi melawat Kilang Zhulian tu, yana terpaksa lah mengorbankan mase cuti yana kat kampung...

Jumaat / 22 July 2012

Pada tarikh keramat diatas ni, yana yang tengah-tengah syok bercuti terpakse la ke KL sebelum ke Penang... Lebih kurang pkul 5.30ptg yana tibe di Hentian Putra (pegi naek bus jek)...xde orang nak hantar... sampai-sampai jea KL, perkara pertama yang yana lakukan mesti la turun dari bus tuh... Lepas tu yana terus cOl mak cik suh meh amik... Perkara biasa yang yana lakukan bila sampai di satu-satu tempat tu mesti memberitahu ibu tercinta n insan tercinta yang yana dah sampai... Mula-mula sent message kat mak, lpas tu sent message kat Si H pulak...

******************

okey!! mak cik dah sampai..tunggu ape lagi jom la balik umah... Tak sabar rasenya nak sampai umah kerana dah penat sangat setelah 8 jam berada dalam bus... Then, handphone yana berbunyi memandakan 1 mesej diterima (from my mum)... Dalam otak ni terfikir kenapa lah mamat sorang ni tak balas mesej aku...Kemana dia pergi agaknya.. Hairan sungguh, sebelum ni tak pernah lak camni...(biar jela)... nanti dia reply la tuh...Lepas bace mesej dari mak, yana terlihat la sesuatu...rupe-rupenya aku dah tersalah sent mesej...patut la dia tak reply mesej aku!! 

Korang nak tahu yana tersilap sent kat sape??
yana tersent kat mak cik yana... malu kot mase tuh... yana menoleh ke arah mak cik yang tengah drive di sebelah... handphonenya terselit kat dashboard kereta...(dalam hati malunya aku...camne nak buat ni...nanti cik liey bace)...

Dah la mesej yang yana sent tu seperti kat bawah ni

bby dah sampai KL ni... B tak yah risau la.. mak cik yang jemput... Dah sampai umah nanti bby mesej..


**********************

Sampai jea umah, yana letak bag terus pegi mandy sebab nak cover malu yana tuh...Tengah-tengah mandy terdengar la mak cik ketawa..(ni mesti bace mesej aku tadi...malunya aku..tak tahu nak letak kat mane muka nih)... yana keluar bilik air dengan tiada perasaan sebab nak cover malu..buat macam tak ada ape yang berlaku... Naseb baek lah mak-cik takde kate ape-ape.. senyap camtu jea... tak la malu sangat...


p/s: tu la yana ble-ble sebelum sent mesej tu cek btol-btol... jangan maen sent jea...kan dah malu tu... 

Setelah ape yang berlaku hari tuh, yana lebih berhati-hati nak sent mesej takut perkara sama berulang lagi...

Bila di ingatkan balik, malu kot dengan ape yang terjadi padi hari tersebut...

Labels:

1 Comments:

Blogger Memory said...

haha... kelakar la...

January 26, 2012 at 12:19 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home