Ridlist Lover Life

Monday, April 9

Student DPIM Part 2


Salam 1 Malaysia... Korang semua ape khabar?? Harap-harap semuanya sihat walafiat..

huh!!! pada entry yang lepas yana ada janji dengan korang semua nak sambung cerita tentang pengalaman yana sebagai Student DPIM.. Maka harini baru yana berkesempatan untuk menulis kerana sekarang ni buzy ditambah pula dengan tiada idea dan malas yang melanda diri yana untuk meng-update blog ini.. 

Bagi yang belum membaca entry yang lepas, blog la klik pada link di bawah ni
Student DPIM Part 1

Masih segar lagi dalam ingatan yana pada tanggal 2 Julai 2009 bersamaan dengan hari Khamis.. Kami pelajar Part 1 ada perjumpaan dengan senior Part 6.. First time roll call ni dekat AE... Perjumpaan ini dibuat adalah untuk memilih KG, PKG Siwa / Siswi, Ustaz, Munirah dan exco-exco lain tuk part kami... Hasil daripada pemilihan, beberapa orang daripada kami telah berjaya menyadang jawatan-jawatan tersebut... Antara yang terpilih untuk memikul tanggungjawab ialah:

  • KG - Mohd Afsyariezal
  • PKG Siswa - Ahmad Hariz Mohsin
  • PKG Siswi - Nor Izzian
  • Uztaz - Hamzah
  • Munirah - Nurul Hidayah 

Mereka semua dipilih kerana mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan dapat memimpin kami semua dengan baik selama enam semester kami bersama.. Susah senang, pahit getir kami lalui bersama.. Kami disana di ibaratkan sebagai 1 keluarga yang besar..

Selepas tamat perjumpaan ni, aku menangis kerana menyesal dapat course ni.. Bermula dari sini lah, perasaan benci terhadap senior telah menguasai di benak pikiranku... Kalau boleh jumpe senior pun tak nak.. Selama satu semester bergelar pelajar di sini, telah banyak pahit getir terpaksa aku lalui... Pada semester ni juga, aku terpaksa bercucuk tanam kerna telah ditetapkan dalam matapelajaran kami.. Aku yang selama ni tak tahan dengan panas terpaksa turun ke ladang pagi dan petang untuk menyakul, menanam dan sebagainya.. Masa tu lah baru aku tahu betapa susahnya petani-petani untuk memperolehi hasil... Kami semua terpaksa bangun seawal 5pagi terutamanya pada hari Jumaat kerana tepat pukul 6.30pagi, kami mesti berada di depan pintu pagar Share Farm untuk Roll Call.. Kadang-kadang kami pergi, pintu pagar Share Farm pun tak buka lagi.. Terpaksa lah tunggu kat luar sehingga pintu tu buka... 

*********************

Aku rasa Part 1 lah paling memeritkan dalam hidup aku.. Kami semua dipaksa untuk mengenali semua senior dari part 2 - part 6.. Selain itu, kami juga terpaksa kenal semua ahli part kami.. mentang-mentang lah batch aku paling ramai masa tu!!!!! boleh plak diorang suruh buat macam tuh.. Memang nak ingat semua orang tu amik masa sikit, maklum lah ahli part aku dah 2OO++ nak tambah lagi dengan senior-senior.. Memang giler nak ingat semua tu.. Tapi pada masa tu aku boleh ingat setakat rupa mereka sahaja, kalau nama tuh sory to say la kalau nak ingat semua.. Lagipun banyak benda lagi yang patut aku ingat.. and dalam kepala otak aku cakap "aku datang sini untuk belajar, bukannya tuk kenal dengan semua orang".. so setakat itu jelah yang mampu aku lakukan, nak lebih-lebih tu suruh orang lain lah.. Tak kuasa aku melayannya...

**********************

Setiap group, dua orang supervisor dari Part 5 telah ditugaskan untuk memberi tunjuk ajar dan membantu kami melakukan aktiviti di ladang... Group aku dapat dua orang supervisor gak iaitu seorang lelaki dan seorang lagi perempuan yang bernama Mohd Zulhazrie Zaini dan Nor Lailati Kamaruddin.. Pelbagai tunjuk ajar yang telah diberikan oleh mereka kepada kami untuk membolehkan mendapat hasil yang terbaik untuk Share Farm kami itu.. mereka juga banyak mengajar Scientific Name pokok buah-buahan, crop, rumput dan sebagainya kepada kami.. Dari situ kami dapat mengetahui serba sedikit tentang dunia pertanian.. Kami juga diajar cara meracun dengan baik.. 

******************

Setiap pelajar dibagikan dua batas untuk bercucuk tanam.. Pada batas pertama, aku tanam pokok sawi hijau dan batas kedua, bayam hijau (Bassica juncea)... Bila dah mula menyemai dan melihat anak-anak pokok sawi hijau aku tumbuh, aku lah orang yang paling gembira sekali.. Tiap-tiap hari mesti aku luangkan masa pagi dan petang turun share farm untuk watering anak-anakku itu... Sepanjang masa, aku bercakap dengan anak-anakku itu supaya cepat besar dan hidup dengan suburnya... Akan tetapi sedikit kekecewaan melanda diriku apabila anak pokok sawi hijau aku dipijak lembu... hurm, sedihnya hati ni.. =( .... Sape punya kerja tak tuutp pintu pagar, abes pokok aku mati kena pijak lembu!!!!!! Takpe lah benda dah jadi nak buat camne lagi kan..

Kenangan kami kekal dalam ingatanku
Yang istimewanya kat jengka,
 Pagi-pagi mesti ade kabus..
Dingin jea  udara kat sini...
 Kat tempat korang ade ke cmne??? he3

Cangkul jangan tak cangkul
Tengok lah tu yana yang berbaju merah,
 semangat menyangkul
sedangkan tanah tu punya lah keras

Sempat ag posing tuh
time ni lah kne marah dengan supervisor
sebab air bertakung dalam longkang kat tepi tu..
 baju yang yana (dua dari kanan) pakai tu
 sampai sekarang tak hilang bekas lmpur yang
melekat walaupun dah di basuh beberapa kali

tengok r betapa rajinnya kami weeding
nak buat cmne agkn,
nilah kje kami setiap hari

Last roll call kat share farm

*******************

Haaa!!!!!! hari yang ditunggu telah pun tiba.. Hasil tanaman kami semua dah boleh harvest dan bersedia untuk  dipasarkan... First time aku tengok pokok sawi berbunga.. Seumur hidup aku tak pernah lagi tengok.. Kami semua siap main-main lagi dengan bunga sawi tuh.. Rupa-rupanya bunga sawi cantik jugak kan... Bagi sape-sape yang ade pacar tu boleh lah di kasi bunga sawi kalau dah takde budget sangat nak beli bunga hidup, maklumlah bunga hidup kan mahal untuk didapatkan...

Bagi yang belum mengenali bunga sawi
diatas ni la bunganya

*******************

Sehingga ke hari ni, aku akan tersenyum bila mengimbasi kembali semua yang kerap aku mengadukan dulu kini jadi bahan rindu yang ku simpan... Ku hargai semua yang terjadi, memang nyata kenangan ini takkan pernah aku rasai lagi.. Sesungguhnya aku amat merindui saat-saat ni walaupun banyak pahit daripada manis yang aku rasai.. Kalau boleh aku nak kembali ke masa ni.. =(

***********************

Okey!!! Hanya ini saja yang dapat yana kongsikan dengan korang semua.. yang selebihnya biarlah ia menjadi kenangan yang terindah dalam hidup yana...

Salam 1 Malaysia sekali lagi yana ucapkan
Babai
Sayang Korang Semua
Mmmuuuuuuaaaaaahhhhhhhhh!!!!!!!!!


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home